Tuesday, 30 June 2015

DUGAAN & NIKMAT

Hye assalamualaikum & Salam ramadhan ke 14 :)



Dalam dunia ni semua ada waktu jatuh .
Semua ada waktu sakit sampai terduduk !

Sampai akan ada waktu rasa mcm nak "mati" 

Astagfirullahaladzim


Mana ada dalam hidup ni jalan lancar .

Semua mesti ada dugaan.

Kalau takde dugaankan bukan hidup namanya .


Cerita pasal dugaan


Siapa suka hadap dugaan ?


rasa buntu , kusut , serabut sampai nak pecah kepala !


Dugaan ni benda yang kita takkan duga nak datang .
Tiba tiba je dia datang ! Surprise mcm tu .

Bila dia datang pulak terus bertimpa timpa atas kepala . fuhhh !

Tapi kenapa dugaan ada?

Sebab Hikmah ada


Mcm juga nikmat
Datang tiba tiba lepas tu bertambah bahagia datang .


Bila kita sakit saat tempuh dugaan , lagi seronok kita akan dapat rasa nikmat tuhan :)

Setiap orang akan rasa ada di bawah , setiap orang juga akan dapat rasa duduk atas .


Saat semua perlukan kita , itu saat kita di atas .
Saat kita sorang ke sakit , tapi masa tu lahhh tiba tiba tiada siapa dgn kita

Takpee . Sabar (:


Mcm mana kita bersyukur dan buka luas tangan saat nikmat datang , mcm tu juga kita bersyukur dan buka luas tangan saat dugaan datang :)


Kita pun tak sedar , kadang kadang kita juga lupa orang bila kita di atas :)

Dalam apa jua keadaan pun , kita kene sedia hadapi dugaan dengan SENDIRI :)

Walau mcm mana sakit pun , kene kuat untuk tempuh dengan kaki sendiri


Sampai bila nak bergantung harap dekat orang?




:)


Kita share sket cara kuatkan hati ni  :)


1.  Lebih dekatkan diri dan hati kita dengan tuhan

2. Buat ibadah yang jarang kita buat contoh solat-solat sunat . Istikharah , dhuha , tahajud .

3. Banyakkan berdoa . Jangan putus berdoa .

4. Berserah dan redha dengan perancangan Allah    

5 .Berkawan dengan ramai orang dan lebih ramai lagi

6. Buat aktiviti yang kita tak pernah buat . Traveling , hiking and so on

7. Buat perubahan dengan diri sendiri. Cuba tuka cara pakaian , gaya . Supaya kita tak sama mcm dulu :)

8. Sibukkan diri dengan mencari rezeki lebih sedikit untuk diri sendiri . Simpaan simpan boleh simpan duit kahwin terus :D

9. Rapatkan silaturrahim dengan keluarga dan kawan kawan .

10. Bersosial 11. HAVE FUN

Alhamdulillah


Bila kita jatuh ni , boleh tengok sape yang betul dengan kita .


Siapa nak tinggal , siapa nak pergi , siapa yang kejap dtg , kejap tak . heh .


Manusia . Cliche


SELAMAT MENGHADAPI DUGAAN SETERUSNYA

"BE PREPARED"


CERITA LUPUT

"Dulu sudah tiada , Sekarang adalah kenyataan"











Dulu waktu kau suka aku ... aku tolak kau


Dulu waktu kau idamkanku ... kau buat segalanya .. untuk aku ..

 Masih lagi aku tolak kau

Dulu sanggup kau bodohkan diri ... semuanya kerana aku






akhirnya , aku cuba belajar untuk mencintai  ,

tapi ... 


aku gagal 

Aku cuba lagi memaksa hati ini untuk mencintai kau , 

Namun ... 


masih lagi gagal ..

 Aku berdoa ..

 merayu .. 

memohon dariNya untuk membuka sedikit hati ini untuk kau 

 tanpa putus aku cuba berdoa dan merayu lagi untuk bukakan walau sedikit hati ku untuk kau, 

akhirnya .... tuhan perkenankan :')


Bahagianya aku saat itu , Tuhan saja tahu ! :)



 Bahagia .. 

 susah ..

 senang ..

 pahit .. 

 manis bersama sampai ... 

aku lupa tuhan ...:'(


Perlahan lahan tuhan tarik kau dari aku.

Satu demi satu dugaan yang dilemparkan ! 

Mungkin dosa yang aku lakukan ketika dahulu dilemparkan semula 


Aku gagal berhadapan dengan dugaan dari Dia :( !

 Aku berdoa memohon kekuatan dariNya dengan linangan air mata yang penuh dosa ..

 Akhirnya tuhan tarik kau terus hilang dari pandanganku!

Tersungkur aku saat itu hanya tuhan yang tahu! :'(


 Aku berdoa merayu dengan air mata kesal untuk melupakan kau. 

  Tetapi ....

gagal!

Aku cuba lagi pelbagai cara ..

 berdoa ..


 merayu lagi dengan air mata kotor untuk melupakan kau 

Namun ... 

masih gagal ...

 Aku mula putus asa . Air mata sentiasa di sisi memberi kekuatan :'(


Akhirnya .... 
aku kuatkan semangat penuh ikhlas berdoa , juga memaafkan kau dan semua orang yang aku benci dan terus merayu padaNya untuk melupakan segalanya tentang kau ...

 Alhamdulillah ...

 Allah masih lagi perkenankan doaku.

Ya Allah baiknya kau ya Allah . 

 Walau banyak dosa yang aku lakukan , banyak masa aku telah lupakan kau , kau masih lagi mengingatiku , masih lagi memperkenankan doaku. 


Baiknya tuhan.... :')

Aku bersyukur sangat bersyukur!



 Sujud akhir adalah sujud doa yang mustajab . sangat mustajab :')

Alhamdulillah ...

Jangan pernah putus asa kerana kita hampir dengan nikmat yang ingin diberikan ..

Jangan pernah putus berdoa merayu memohon keampunan dariNya ..

Walau besar dugaan yang dihadapi , besar lagi dugaan orang lain yang kita tak nampak :)


"Walau tiada bahu untuk bersandar , masih ada dahi untuk kita bersujud"




KALI PERTAMA

ALHAMDULILLAH



hai , assalamualaikum !









Weeeeeee . Seronok rasa dapat berblog balek.
Blog lama hilang password hilang email .
Biarlah .



aku ni memamg tak suka membaca
 tapi lagi suka membebel dengan benda yang baik mungkin


Novel? haha Bagilah novel 30 muka surat pun cukup lah mmg senang sgt nak tidur . Haha .


Kadang kadang kita ni suka sangat sangat nasihat orang , tapi diri sendiri pun hampeh .

Kali ini tiba-tiba rasa nak start buat Blog balek



"Walaupun kadang-kadang diri ini adakalanya tersungkur , jangan pernah jatuh , cuba bangkit dengan kekuatan"




Alhamdulillah walau umur baru 23 tahun , banyak juga dah tempuh , banyak juga yang dah belajar . Tapi betul orang kata dari kesilapan buat kita lagi matang , buat kita lagi kuat . Lagi besar kesilapan kita , lagi besar perubahan yang jadi pada diri. Alhamdulillah 




"Manusia ni dah terhantuk , baru sedar kesilapan dia"




Cliche sangat kann. Tapi sebabkan terhantuk tu lah buat kita lebih kuat dari sekarang .








Alhamdulillah



"Hadapi dugaan , ambil hikmah dan terus belajar"